Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."
 Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin OthmanAbdullah, bekas
 Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.
 Oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei.
  BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas
 perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian
 berdasarkan pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama
 menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka
 Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji
 sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM.
 Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya
 mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.
  Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi
 pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN
 OTHMAN ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah, yang
 belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau
 yang selama ini berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di
 Sabah Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang
 dilakukan oleh orang-orang Kristian Sabah contohnya orang yang paling
 berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan. Pengalamannya sebagai Bekas
 Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak mengetahui selok
 belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya
 Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai jalan
 hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian
 Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD.
 RAFIEI, turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN
 ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-
 Azim (Negeri), Air Keroh, Melaka, baru-baru ini.
  SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya
 berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah
 Roman Katholik. Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian
 Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan
 dibiayai oleh Persatuan Kristian Sabah. Saya tamatpengajian pada
 tahun 1985 seterusnya bertugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya
 saya memohon untuk kembali ke negara asal saya iaitu Sabah.
  Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai
 paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman
 Katholik Sabah seluruh Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga
 saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa
 menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan agar saya menjadi seorang
 paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai
 adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah anak lelaki
 tunggal dalam keluarga.
  Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama
 Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu
 langsung tentang keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah
 terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di
 dalam keluarga yang kuat mengamalkan agama Kristian. Saya aktif
 bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang cenderung kepada banyak buku-
 buku Islam. Setelah banyak membuat kajian, saya terfikir apabila saya
 dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah
 mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak
 Terbendung Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang
 paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa
 manusia. Timbul di fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa
 bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul
 yang diutuskan Allah, mereka ini tidak sanggup mengampun dosa manusia
 dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat
 kajian mengenai Islam.
  Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian
 seluruh Sabah, jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini
 sengaja direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya
 kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama
 tiga tahun. Di sana saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi
 seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya
 dan bertanya akan perkara yang memusykilkan saya sepanjang saya
 menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa
 ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan bertanya, "Apa
 yang kamu ragukan?"
 Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang
 manusia biasa. Di negeri saya Sabah, di negeri saya sendiri setiap
 malam Ahad saya mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus
 orang yang datang mengaku dosa.. Mereka harap saya yang mengampunkan
 dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya. "
 Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi
 seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai
 sebarang dosa," Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai
 dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini
 mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri mempunyai dosa. Apabila seseorang
 yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik
 oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada dosa maka kita sebagai
 paderi ini tidak mempunyai dosa."
  Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang
 mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa. Saya katakan
 pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu
 berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi
 untuk menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu
 jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".
 Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab,
 "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan?
 Bagaimana wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ
 (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."
 Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.
 Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke
 dunia?"
 Beliau menjawab, "Untuk menebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan
 agama."
 Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa
 jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula
 pening dan terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah
 dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian.."
 Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis
 boleh masuk?"
  Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik
 apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak,
 kerana kedudukan saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya
 terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu
 bapa. Sepatutnya seorang anak yang meminta ampun dari ibunya.
  Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai
 seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu
 dosa. Di dalam Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-
 i. Ekaristi Pembaptisan - seseorang yang ingin memeluk Kristian
 mereka mesti dibaptiskan air suci.
 ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi
 iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)
 iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci
 v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima
 krisma
 vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi
 vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak
 menerima ekaristi ini)
  Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water,
 adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian,
 seseorang perlu menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini.
 Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi.
 Jika tidak mempunyai akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak
 disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas
 seorang doktor perempuan Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau
 langsung tidak boleh mengucap, hatinya telah tertutup. Menurutnya
 beliau sudah tidak yakin lagi dengan agama lain kecuali Kristian
 sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang
 turun setiap malam.
  Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat
 melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya,
 akhirnya beliau memeluk Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan
 kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana
 umatnya boleh melihat Tuhan.
  Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah
 beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa
 beliau belajar di Indonesia, Apabila pergi ke gereja beliau akan
 diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan
 hidup dan mati dalam Kristian. Saya membacakan kepadanya surah Al-
 Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa.
 Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih. Inilah
 permainan sihir sebenarnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah,
 hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.
 Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya
 katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik
 Kristian. Itulah, cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup
 mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi
 apabila minum air itu segala-galanya akan berubah. Setelah saya
 mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh
 menyerupai bermacam rupa.. Kekuatannya hanya pegangan akidah.. Tetapi
 Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana
 orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk Islam dan
 membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan
 mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.
 Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan
 tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya
 katakan padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah
 memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh
 makan tubuh tuhan?..
  Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus
 (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu
 penghinaan kerana tubuh tuhan boleh dimakan. Kata beliau, itu memang
 sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa
 yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus tidak mempunyai
 rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan
 bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
 Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.
 Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi
 tersebut Islam. Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir
 wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka
 yang ditinggalkan datuk moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam,
 Islam meletakkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah
 (bersih).
  Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini
 baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius
 kemudian beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari
 agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi.
 Jika kita meneliti di dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut
 Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan
 agama Islam.
  Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang
 menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak
 begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut
 mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Ketika itu saya masih
 belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat
 mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk
 menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga
 kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas,
 kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu
 tidak boleh membuka almari."
 Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan
 kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan
 kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka
 itulah yang ingin dibuatnya.
  Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi
 kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
 menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia
 masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk
 menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada
 saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian.
 Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya
 ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis
 tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa
 saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan
 tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya
 barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses
 beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan
 mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan
 di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi
 kandungannya.
  Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas
 kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu
 memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya
 menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut.
 Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya
 ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak
 boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada
 keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil
 tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang
 dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang
 hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua
 paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir,
 apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih
 tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di
 atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.
  Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah
 tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah. Pada suatu
 malam Ahad pada tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian)
 di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan
 Anak Tuhan (Jesus Christ). Ketika itu saya terfikir di dalam hati,
 patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari
 di dalam bilik.' Apabila saya selesai sembahyang saya meletakkannya
 di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, alangkah hinanya Tuhanku..
 Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat tidur yang boleh aku
 baringkan dan letak sesuka hatiku?
  Turunnya hidayah.
  Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya
 tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan
 Buddha aku telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah
 tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar
 bagiku". Setelah itu, tak tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya
 mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain
 macam, mata saya langsung tidak boleh terangkat. Akhirnya saya
 tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh
 dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin memberikan
 hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya
 menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
 ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada
 satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada
 seorang yang berdiri di hadapan saya, orangnya Masya Allah terlalu
 tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya
 bertanya kepadanya, "Negeri apakah ini?"
 Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini,
 ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w." Saya meminta keizinannya sekali
 lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar
 saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya titi yang
 halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian
 Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya
 hairan kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan
 itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki.
 Penjaga itu berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak
 lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara
 (Kristian)." Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang
 Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu
 api. Saya terkejut dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya
 saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid
 berhampiran. Saya bangun dan membersihkan badan saya. Saya menuju ke
 kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak
 pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke satu tempat
 yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke
 sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang
 berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai
 menghormati agama mereka.
  Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika itu.
 Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga.
 Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin
 Kitingan, Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak,
 tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah." Saya katakan
 padanya," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia
 tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu
 peluk Islam." Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh
 masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan
 surat akuan sumpah dahulu, baru awak boleh masuk Islam."
 Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya
 untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk
 Kristian, hari ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian. Untuk
 masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya
 turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan
 mati, maka apa akan jadi kepada saya dan siapa yang akan
 bertanggungjawab? " Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua
 kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad itu saya telah sah sebagai
 seorang Islam.
  Kekuatan Diri
  Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya
 melalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk
 upacara pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya
 membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan
 dalam diri saya. Saya keluar dari kereta dan membuat pengumuman di
 hadapan mereka.
  Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa
 kalau tak sembahyang lagi bagus." Kemudian saya meninggalkan mereka
 yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju
 ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga sudah bersedia menanti
 saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil
 semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka sudah makan atau
 belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus
 sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan pun
 tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya
 membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke
 arah bapa saya, "Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya
 belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak
 menghabiskan wang bapa. Selama 12 tahun saya belajar, saya tahu
 bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang
 betul adalah Islam."
  Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli
 keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali,
 "Tadi saya telah memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh
 saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."
 Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"
 Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-
 apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil
 parang panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di
 tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat
 dari tingkat atas dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan
 umur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang
 hingga ke hari ini. Dari segi pengamalan kedua ibu bapa saya yang
 memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad
 (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku anak.
  Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar
  Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan
 diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi
 belajar dan keluar dari Sabah. Akhirnya saya merantau ke Semenanjung
 dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun
 1992 dan seterusnya saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun
 1995..
 Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat
 pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
 bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan
 juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.
 Di sini (Melaka) saya ingin menerbitkan buku mengenai kajian
 Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.
 Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan
 meninggalkan Sabah, saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak
 khuatir kerana yakin Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal
 maut itu tetap datang walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun.
 Kini saya bahagia setelah mendirikan rumah tangga bersama isteri yang
 cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai
 seorang cahaya mata berusia satu tahun setengah.
  Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan
 tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya
 perkahwinan dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT). Di
 Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara
 tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad
 dianggap kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya
 terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak
 terjadi di negara yang pemerintah dan majoriti penduduknya beragama
 Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun
 baru mendapat nikmat Islam. Terlalu sukar saya mengecapi nikmat Islam
 tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah
 mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab terhadap mereka
 yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang
 sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan
 hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi
 dari keperluan bulanan.
  Pernah saya katakan kepada seorang doktor, "Doktor, suatu ketika
 dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan,
 dilengkapi dengan pembantu rumah, pemandu dan rumah serba lengkap.
 Kehidupan saya terlalu mewah di Sabah. Tetapi doktor, kenapa saya
 sanggup melepaskan itu semua semata-mata kerana Islam! Gaji doktor
 sekarang terlalu mencukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"
 Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang
 ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh
 sangat sehingga sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi
 ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang
 agak longgar. Kita lihat Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah
 mereka begitu kuat.
  Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah
 kampung untuk berdakwah saya dibekalkan beberapa ribu wang. Ini
 kerana gereja di seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi
 politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka
 mesti bersatu. Mereka berkata jika di negara Barat, penduduk penganut
 Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja
 di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap hari Ahad diadakan
 acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi
 menyaksikan acara tersebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab itu
 peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.
  Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk
 disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia.
 Begitulah kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu
 berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk
 mereka memeluk Islam sukar. Yang lebih penting ialah misi
 mengkristiankan orang Islam.
  Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu.
 Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
 sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini
 berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal
 kebajikan. Namun bukan semua orang Islam begitu, masih ramai di
 kalangan mereka yang bijak.
  Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang
 miskin. Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu
 untuk mereka, mereka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk
 Kristian. Selepas saya Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama
 mereka masih ada dalam simpanan saya.
 Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun
 pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah
 mereka tidak berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya
 makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.
  Masalah Kelemahan Pendakwah Islam
  Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang
 Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya
 Islam tetapi orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali.
 Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan
 pendakwah Kristian.
  Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar
 dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan
 kepada saya, orang Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada
 kajian al-Quran dan Hadis.
 Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya
 dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan
 di dalam salah sebuah ayatnya yang bermaksud; Tidak akan masuk syurga
 melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami
 pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran, terjemahan dan
 hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak
 lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."
 Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca
 al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca
 ayat itu tetapi al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu
 tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-
 separuh. Saya dahulu apabila belajar al-Quran mengambil masa sehingga
 tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana
 hanya enam bulan awak sudah boleh membaca al-Quran." Saya katakan
 lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud
 sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka (orang-orang Yahudi
 dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan
 Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu yang
 kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari
 mulut orang-orang Yahudi sendiri.
 Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan
 kosong itu?" Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu.
 Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah
 memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak
 boleh berkata apa-apa walaupun mukanya telah merah padam.
 Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah,
 siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa
 jika diutarakan di hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya
 bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka yang
 tidak faham dan rendah pengetahuan agamanya?
  Siapa sasaran Kristian
  Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang
 menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang
 bermain gitar. Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak
 mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap
 hari Ahad dengan pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik.
 Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya
 terlalu ramai orang Melayu yang memohon menukar nama di Jabatan
 Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus
 nama sedang menunggu, apabila pihak JPN meluluskan nama- nama
 tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-
 udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka ini
 berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang
 berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.
  Apa ikhtiar kita?
  Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau
 memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan
 wanita ini. Bila mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam
 tudungnya itu ada salib. Isteri saya memberitahu saya. Saya
 memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke?
 Tolong buang benda yang ada di dalam tudung kamu itu".
 Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus
 kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan
 beliau sengaja memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan
 padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya.
  Akhirnya saya megambil rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat
 saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya
 penyakit ini di kalangan anak remaja kita. Wanita jika tidak kuat
 pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi
 yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah paling mudah untuk
 memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian)
 akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara asalnya
 dan memurtadkan isterinya itu.
  Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat
 'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah,
 kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah
 berkata: jangan kamu takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah
 dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'
 SEBAGAI UMAT ISLAM ..... JALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENYEBARKAN
 RISALAH INI ......
Comments