Pelajaran berguna

“ Dan Dialah yang menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan dan hati. Amat sedikitlah yang bersyukur. Dan Dialah yang menciptakan serta meramaikan kamu di bumi ini dan kepadaNya kamu akan dihimpunkan. Dan Dialah yang menghidupkan dan mematikan dan Dialah yang (mengatur) pertukaran malam dan siang. APAKAH KAMU TIDAK BERFIKIR TENTANGNYA? “
- Al-QUR’AN 23: 80
“Fikirlah mengenai penciptaan yang Allah lakukan tetapi janganlah berfikir mengenai Zat Allah”
- NABI MUHAMMAD SAW
“ Buktinya , setiap manusia dikurniakan mulut dan lidah yang lebih kurang sama, tetapi bahasa, suara dan intonasi setiap seorang daripada mereka berbeza”
-IMAM MALIK
Imam Abu Hanifah pernah ditanya oleh sekumpulan manusia mengenai kewujudan Tuhan yang maha pencipta. Beliau menjawab, “ Aku sedang berfikir mengenai sebuah kapal dilaut yang sarat dengan muatan dan barang dagangan tetapi yang peliknya kapal ini tidak ada nakhoda dan anak-anak kapal. Ia belayar ke sana ke mari dan menyelesaikan masalah dengan sendirinya ”. Mereka yang mendengar perkataan Imam Abu Hanifah ini terus berkata,” Ini adalah suatu kisah gila yang tidak masuk akal”. Imam Abu Hanifah menjawab,” Kamu menganggap orang yang mengatakan kapal dapat belayar dengan sendirinya adalah seorang yang gila. Bagaimana pula dengan golongan yang mengatakan alam ini yang begitu halus dan tersusun kejadiannya, terjadi dengan sendirinya tanpa pencipta dan pengurus?” Golongan yang menemui Imam Abu Hanifah itu tergamam dan akhirnya memeluk Islam.
- IMAM ABU HANIFAH
“Lihatlah daun tut ini (mulberry leaves). Apabila dimakan oleh ulat, ia mengeluarkan sutera. Apabila dimakan oleh lebah, ia mengeluarkan madu. Apabila dimakan oleh binatang ternakan, ia mengeluarkan najis. Apabila dimakan oleh rusa, ia mengeluarkan kasturi. Bagimana semua ini boleh berlaku sedangkan daun yang dimakan adalah sama jenisnya?” .
- IMAM SYAFEI
“ Sebahagian ulama berpendapat, sesiapa yang mengamati langit yang luas dengan bintang-bintang, bulan dan matahari yang beredar di atas paksinya tanpa henti, kemudian memerhatikan laut yang mengelilingi tanah daratan, kemudian memerhatikan bumi serta gunung-ganang yang terpancang di atasnya, kemudian memerhatikan sungai yang mengalir di samping pelbagai jenis haiwan serta tumbuh-tumbuhan, akan memperoleh bukti kewujudan Tuhan yang maha pencipta lagi maha agung dan maha bijaksana”.
- IMAM IBNU KATHIR
“Giraffes should have died of high blood pressure every time they bent down to drink water. However, the delicate design in their necks eliminates this risk. When they bend down, the valves in their neck vessels are shut down and they prevent excess blood from flowing to the brain…. Discover The Design In Nature, Discover The Evidences Of God”
- HARUN YAHYA

Comments