Indonesia VS Malaysia

Assalammualaikum,

sebentar td saya ade membaca artikel mengenai pergaduhan indonesia dan malaysia kejadian agak baru jugak dalam buan 8 yang lalu. tp yang peliknya mereka ni bergaduh atas tajuk malaysia pencuri budaya indonesia. tajuk ni actually bukannya baru tapi dah lama since 2007 saya dah dengar. Ade yang sokong malaysia ade yang sokong orang luar mengatakan malaysia ni pencuri budaya luar.

Kalau kita amati betul-betul sejarah malaysia bumiputera(penduduk asal Malaysia) banyak terdiri daripada pelbagai jenis kaum yang berasal dari luar Malaysia itu sendiri, contohnya Melayu kebanyakannya dari kawasan yang sekarang ini digelar Indonesia seperti Palembang, Bendeleng, Aceh, Jawa, Minangkabau dan Kalimantan,yang berasal dari Siam pula seperti orang Melayu yang berada di Kedah, Perlis dan Kelantan malah ada orang yang berada di selatan Thailand seperti di Pattani boleh berbahasa Melayu (fenomena ini digelar isoglos atau garis sempadan linguistik) dan juga ramai orang Melayu di Sabah dan Sarawak berasal dari Brunei. Bagi di Sabah dan Sarawak, ini mugkin disebabkan Brunei dulu pernah memerintah hampir keseluruh Utara Borneo.

So, kebanyakan dan boleh kata semua kerajaan yang pernah memerintah negeri-negeri di kawasan yang sekarang ni digelar Malaysia seperti Melaka, Kelantan, Johor, Negeri sembilan, Sarawak DLL adalah kerajaan orang Melayu. Kerajaan yang mana asalnya dari Indonesia itu sendiri juga banyak antaranya Johor(dulunya asal Melaka keturunan Parameswara kini Bugis, dua2 asal Indon), Melaka(Parameswara), N9(minang) , Selangor (Bugis), Perak dan Pahang (ada kaitan dengan Melaka).

Kerajaan2 ini lah yang bawak masuk budaya meraka ke kerajaan mereka di Malaysia dan banyak orang Melayu Malaysia memang asal kaum dari Indon dan tak salah kami ni mengamalkan budaya kaum kami sendiri. FYI orang Melayu di Malaysia kebanyakan asal dari kaum Jawa, Palembang, Bendeleng, Minang, Bugis, Melayu Sarawak, Melayu Brunei, Melayu yang berada di Utara Malaysia seperti Kedah, Kelantan, Perlis, Penang dan Terengganu. Dan kamu orang Indonesia sebenarnya sama saja dengan kami, kaum yang sama, spesis yang sama. yang beza kaum2 ini duduk kat Indo lebih dahulu berbanding di Indonesia. Lagipun sejarah dah mengatakan Malaysia dan Indonesia pernah nak bergabung sebab kita ni serumpun tapi siapa yang tak nak? Indon. Sebab apa? Sebab dia takut yang rancangan pembentukan Malaysia ni adalah bentuk penjajahan baru oleh British sebab Tanah Melayu dulu dijajah British. Dan lagi disebabkan Melayu ialah kaum yang memerintah Tanah Melayu dulu maka dijadikan Adat Melayu dijadikan sebagai budaya Malaysia, bahasa Melayu sebagai Bahasa Malaysia, agama orang Melayu sebagai agama rasmi, Bumi sebagai Penduduk Istimewa Malaysia dan keistimewaannya tidak boleh dipertikaikan dan semua ini tertakhluk di bawah pelembagaan Malaysia.

Konklusinya di sini ialah kami Jawa kamu pon Jawa, kami Bugis kamu pon Bugis, kami Minang kamu pon Minang DLL. So kita ni sama cuma lain pemerintah je, jadi salahkah mengamalkan budaya yang sama? Kalau begitu salah lah orang Cina di Eropah, Amerika, Malaysia dan lain-lain(DLL) mengamalkan budaya Cina di China itu sendiri. Tidak ke begitu?

Jadi x perlu lah nak gaduh2.
Waallahhualam...

Comments

fakhruddin said…
betul2 sokong! tak payah gaduh2. mengarut je.

isoglos?? huh? percampuran kod. bm + bi. duhhh~
Ibn Batutah said…
isoglos sempadan linguistik la...