Kombawa!

Assalammualaikum~~

Juz back from Japan on last saturday. it is an enjoying moment for me~~~

what a beatiful country~~

Actually walaupun Japan ni x ramai orang tp kat sini secara generalnya kita boleh nampak ciri-ciri Islam kat Jepun ni... Teringat ada seorang ulama' ni(x ingat sama ada org arab atau kat sekitar2 tu) masa time tu sekitar 90 an kalau x silap, dia pergi Paris pastu dia pergi Mesir dan dia cakap semasa di Paris dia nampak ciri-ciri Islam dalam masyarakat Paris walaupun mereka ni bukan Muslim tapi bila di Mesir dia nampak banyak orang muslim tapi takde ciri-ciri Islam dalam masyarakat Mesir.

Sama juga lah di Jepun, masyaraktnya(1) Pembersih dan bandarnya sangat bersih even toilet pon bersih lagi bersih dari kaki lima bangunan kat kl, Jalan raya dia susah sangat nak jumpa sampah walaupun kulit buah(except certain tempatla tapi tempat2 kotor cam ni even sama bersih cam KL) imagine tempat paling kotor sama bersih ngan KL yg lain tu x tau lah bersih mcm mane. Even Jepun ni jauh labih bersih dari mana2 negeri maju cam US,UK,Italy, Korea, China even singapore. Sampai tempat kumpul sampah penduduk taman macam stor dalam rumah korang bersih dia. (2) Sangat considerate. Kalau kita drive dekat jalan diorang, diorang ni xde rules kereta slow kat kiri kereta laju kat kanan, diorg kiri kanan boleh slow ngan laju tapi mostly(99%-mengikut pengalaman memandu kat sana) bila ada kereta laju kat belakang kereta slow diorang ni akan beri laluan kat kereta laju ni. Kalau kat Malaysia kita flash lah banyak mana horn lah baru nak tukar lane, tu yg nasib baik ada kereta yg x tukar lane langsung pon ada. (3) Teknologi diorg advance, dah lah jual air tepi jalan pakai machine masak kat kedai pon machine yg masak, buat kueh pon machine yg buat, naik bas pon dari amik tiket sampai tukar syiling sampai bayar pon pakai machine even brape nak kene bayar dah siap tayang kat skrin dalam x payah nak tanya sape2 pon, kereta hampir sume ada camera, gps, siap x payah pakai kunci nak start enjin,basuh buang air pon machine yg buat even almost every where toilet public jamban, paip air, sabun kat sink , blower sume automatic. (4) Infrastructure yg hebat, keretapi diorg sangat banyak sampai masuk ke kampung2, every bandar ada LRT ssendiri, jln raya ngan highway diorg sesangat lah canggih dah lah banyak terowong(kalau setakat terowong cam kat karak highway tu kat sana ade berpuluh mungkin beratus pastu panjang lak ada yg sampi beberapa kilometer. Kat bandar diorg lak kalau terowong macam smart tu berlambak. Yang lg best kat osaka jalan raya dia 2 tingkat, tingkat satu kat atas tanah(jalan raya biase) tingkat 2 lak highway. pastu RnR diorg banyak giler tiap 2-5 km ada 1 RnR. lg 1 infrastucture yg best kat jepun ni, bas dia ade jadual waktu and sangat menepati masa, so kalau nak rancang perjalanan naik bas memang senang x mcm kl sesuka hati je nak dtg bila.

Ni baru skit sebenarnya banyak lagi....tp ckup lah stakat ni jer eh....hehe....Salam~

Comments