Hari Asyura

As-Salam,

sempena hari ni(16/12/2010) ialah 10 Muharram 1432 (hari Asyura), marilah kita beramai puasa sunat. Seseungguhnya puasa sunat di bulan Muharram ni adalah puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan! sesuai dengan hadith ni:

Maksud : Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah bulan Ramadhan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam." (Sahih Muslim)

Ganjaran puasa Asyura ni banyak tau, antaranya :

1) Abu Muasa Al Madani meriwayatkan dari Ibn Umar r.a : "Barangsiapa yang berpuasa pada Hari 'Asyura' adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari 'Asyura' adalah bagiku bersedekah setahun." ( riwayat Albazzar)

2) Rasulullah s.a.w. telah dilaporkan pernah bersabda apabila ditanya tentang doa yang apakah yang lebih baik selepas doa wajib, jawab baginda : "doa di tengah malam." baginda ditanya sekali lagi puasa manakah lebih baik daripada puasa sepuluh akhir Ramadhan. Baginda menjawab : "puasa di dalam bulan yang dipanggil Muharram." (Ahmad, Muslim, dan Abu Daud)

Jadi sahabat yang belum lagi makan atau minum atau mem buat perkara yang membatalkan puasa marilah puasa hari ini. Tak kisahlah x niat malam semalam sebab puasa sunat kita boleh niat puasa as long as belum tengah hari dan kita x lagi melakukan perkara yang membatalkan puasa selepas waktu subuh.

JOM PUASA HARI ASYURA!

Comments

Unknown said…
Salam..selamat berpuasa assyura..

erm..thanks bcoz folo me. I'm folo ur blog back k.

Saya tgk u bayak melancong, muka pun dah macam org jepun, korea la. Mix ek?

hehehe...cam best, nak pegi tp...huuhuhu...lain kali bila dah ade rezeki lebih nanti.