Soalnya Hati?


As-Salam, Sama-samalah kita semua turun sebagai umat islam untuk menjayakan program menjauhkan Valentine's Day daripada umat Islam khususnya di UNITEN sendiri. Sebagai umat Islam sendiri kita patut dan wajib untuk menjauhi Valentine's Day kerana ia boleh menyesatkan kita.

Mugkin antara ada yang kata kita ber'couple' tak buat apa malah bertegur kesalahan, saling ingat-mengingati tentang agama, tak bersentuhan, tak ada zina mata, mulut, tangan, telinga dan macam-macam lagi tapi boleh ke anda jauhi zina hati? Pasti ke yang anda ni tak ada langsung teringat-ingatkan Si Dia dalam hati anda? Si Dia ni bukannya mahran anda, jadi itu sudah dikira zina hati....ingat-ingatlah...Kalau dah kenan sangat kahwin jelah atau kalau tak mampu tu tak payah nak ber'couple'. Cari pasanan bila dah mampu.

Islam tak memerlukan kita untk menjadi mulia kerana Islam itu sendiri sudah mulia, namun kita yang memerlukan Islam untuk menghadapi hidup ini untuk mencapai redha Allah S.W.T.

Comments