Najib dan Kamal Atartuk

Assalammualaikum,
Link
Tak berapa lama yang lalu ada satu kontroversi mengenai Datuk Seri Najib dan kontroversi ini memang mengaibkan umat ISLAM atau bagi sesiapa yang memang merasakan dia itu ISLAM... Kontroversinya ialah:

"Najib later laid a wreath at the Anitkabir mausoleum as a mark of respect for Turkey’s founder and first president Mustafa Kemal Ataturk."[STAR online]

Siap ada gambar lagi~

Kalau kita fikir elok2 lah kan mcm mana seorang pemimpin yang declare dia tu Islam dan menegakkan Islam boleh menghormati seorang yang memusnahkan Islam dan menjatuhkan Islam??

Malah ada sebuah media yang digelar Utusan Online menjaja cerita seolah-olah Kamal Atartuk ni hero orang Islam!! Can you believe it or Not!

Malah di internet mengaitkan kontroversi Najib dengan Kontroversi Tun Mahathir:-

"10. Mustafa Kemal Ataturk tidak menitik berat ke-Islamannya. Dia adalah seorang nasionalis. Pada masa dia berperang untuk negaranya, Turki dikuasai oleh orang Greek Kristian. Kerana nasionalismenya yang amat kuat, dia berperang sehingga Turki kembali ditakluk dan diperintah oleh orang Turki.

11. Dengan menyelamatkan Turki daripada orang Greek agama Islam terpelihara sehingga ke hari ini dan ke-Islaman orang Turki kekal. Sudah tentu Nik Aziz tidak akan akui orang Islam Turki adalah Islam."
[http://chedet.co.cc/chedetblog/2011/02/jawapan-kepada-nik-aziz.html#more]

Kamal nilah yang bocorkan rahsia Turki pastu membenarkan British masuk ke dalam Turki Uthmaniyah pastu pura-pura lawan British sampailah akhirnya Kerajaan Turki Uthamniyah jatuh. Jikalau nak tahu lebih dalam pasal kamal atartuk ni baca lah buku ni Turki Negara Berwajah Dua cover dia warna merah...

Kamal ni jadi ketua turki sebab dia ugut semua pemimpin kat turki untuk setuju jadikan dia pemerintah.

Lagipun kan kalaulah dia ni penyelamat turki kenapa dia tak mempertahankan kesemua jajahan Turki Uthmaniyah tetapi sebaliknya hanya nak kawasan negara Turki yang ada pada hari ni?? Pelik x? Pemimpin mana yang sejati yg x mahu mempertahankan kawasan negara sendiri?? cuba baritahu? Even orang kalau boleh nak lagi luas lagi bagus...

Kalau Kamal ni penyelamat islam lah kan kenapa dia musnahkan sistem islam, tukar bahasa rasmi negara dari bahasa arab kepada bahasa turki, haramkan pakai tudung dan banyak lagi... lagipun islam yang kita lihat pada Turki pada hari ini adalah disebabkan perjuangan pejuang Islam di sana yang bersusah payah menetang kuncu-kuncu Kamla terkutuk tu yang sekular tu...Baru sekarang orang turki dapat menaikkan pemimpin Islam sebenar macam Erdogan...sebelum tu semuanya boleh kata kuncu Kamal.

Carilah cerita sebenar pasal Turki ni, jangan tertipu dengan media yang penipu! Dalam Islam memang tak salah memperjuangkan kaum sendiri tetapi mana boleh memperjuangkan Kaum sehingga mengabaikan Islam.



Comments