Jual Beli Emas

Salam,
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya yang biasa sahaja ini,
saya perhatikan masyarakat hari berbalah mengenai emas. Kata emas brand tak bagus la, yang ini lagi baguslah, yang ini yang itu.

Bagi saya konsep jual beli emas serupa dengan besi-besi yang lain ada dalam dunia ni. Contoh kalau alumminium kat mana-mana dalam dunia ni ia lebih mahal daripada besi biasa mungkin dari segi harganya adalah plus minus beberapa percent tapi plus minus ni disebabkan pihak yang kita berurusan itu mahu mengambil profit yang lebih sedikit daripada company lain bukannya disebabkan alumminium mahal di USA tetapi murah Indonesia, bukan. Contoh situasi mudah kalau di Selangor mungkin harga jual semula alumminium sekitar RM4/kilogram mungkin di Negeri sembilan RM3.70/kilogram. Ini semua bergantung kepada syarikat tersebut tapi kenapa syarikat-syarikat ini sanggup menawarkan harga yang tinggi kerana sememangnya alumminium ada harga dalam pasaran dunia.

Begitu jugalah emas, emas di syarikat ni mungkin dijual pada harga RM200/gram, syarikat lain RM 190/gram dan syarikat tawar harga yang berbeza-beza. Itu normal bergantung pada kos operasi syarikat dan keuntungan syarikat. Tidak kira siap yang mengeluarkan emas itu jika ia dapat dibuktikan ianya emas tulin maka ia ada harga tidak kira kita jual di mana sekalipun. Di Malaysia, USA, Turki malah Jepun sekalipun. sebab apa? sebab syarikat-syarikat di dunia akan meletakkan harga jual beli emas bergantung pada harga emas dunia. tidak kira dimana kita beli atau jual, harga emas akan bergantung pada harga semasa pasaran dunia. kemudian barulah di plus minus kan harga tersebut agar kos operasi dapat di'cover' dan mereka boleh buat untung.mungkin ada company yang kos operasi tinggi dan nak buat untung lebih makan dia meletakkan harga beli balik emas sangat rendah. contohnya kita beli kat syarikat A RM190/gram, bila nak jual kat syrikat B harganya turun sehingga RM150/gram. itu bergantung pada syarikat-syarikat yang kita nak jual tu. Kalau tidak setuju carilah syarikat yang membeli emas semula dengan harga yang tinggi. Simple. Biasanya alasan yang digunakan oleh syarikat-syarikat seperti 'syarikat B' tu ialah mereka tidak jual produk lain jadi emas produk lain akan dileburkan dan dicop dengan cop syarikat dia dan lain-lain lagi alasan. Namun ini tidak menghalang harga emas untuk menjadi antara logam yang mahal  dan walaupun plus minus syarikat semasa proses jual beli berbeza-beza, emas masih lagi mempunyai nilai dan harga pasaran yang tinggi di seluruh dunia.

Ada yang berbalah mengenai pajakan, kalau dah sesak sangat jual lah tak perlulah pajak. Pajak hanya akan menyusahkan anda sebab anda perlu bayar semula dalam tempoh tertentu untuk dapatkan balik emas tersebut. Mana nak cari duit bang kalau dah sesak tu. Lebih baik jual, bila sudah ada duit lebih beli sahaja emas baru. Habis cerita.

Ada yang kata, anda orang berkata emas syarikat ni tidak diiktiraf. Senang sahaja solusinya. Pertama beli jenama lain. Solusi kedua, andai kata dah terbeli jual balik pada syarikat kita beli tadi selagi syarikat tu masih wujud. Solusi ketiga, pergi cari syarikat yang buat pemeriksaan emas dan kita dapat hasil pemeriksaan dan dengan result ni kita carilah syarikat yang ingin beli emas tersebut contohnya habib jewel, poh kong,public gold etc. Jangan cari ar-rahnu sebab sememang nya ar-rahnu tidak akan ambil sebarangan jenama emas dan saya dikhabarkan ar-rahnu di malaysia ni kebanyakan hanya mengambil emas kijang dan dinar kelantan sahaja. Yang lain tu ikut kedai. Jadi jual sahaja di kedai emas biasa.

Kenapa emas bukan logam lain?

 Emas mempunyai ketumpatan yang tinggi, untuk satu gram emas saiznya adalah kecil. maka apabila harganya tinggi jadi senanglah hendak menyimpan emas disebabkan saiznya yang kecil. bayangkan kalau satu gram emas tu saiznya seolah-oleh sebesar cpu komputer maka susahlah hendak simpan baik Maka saiz, dan ketumpatan emas menanbahkan nilai yang ada pada emas sebagai medium untuk menyimpan harta kita.

Malah emas mempunyai nilai jual semula yang tinggi berbanding logam lain yang ada langsung tiada nilai dan ada yang hargi beli tinggi tetapi harga jual semula rendah.

Saya bagi contoh kalau kita ada RM50,000 dengan emas yang bernilai RM50,000 sebagai simpanan untuk masa depan mana lagi untung? mestilah emas sebab satu harga emas selalunya akan naik. kedua RM hanya digunakan di malaysia jika suatu hari Malaysia berperang(nauzubillah) maka nilai RM akan turun kerana tidak ramai yang hendak membeli RM di pasaran dunia maka mungkin suatu masa dahulu duit kertas kita yang bernilai RM50,000(bersamaan sekitar USD16,000) mungkin selepas perang RM50,000 ni hanya dapat USD1,000 je(menurun 16 kali ganda). Seperti yang terjadi pada duit kertas Iraq zaman Saddam Hussein memerintah. Selepas perang duit mereka sudah tidak bernilai lagi. Kini mereka terpaksa membuat duit kertas baru dengan nilai yang baru. Tetapi jika kita guna emas mungkin harga emas di pasaran dunia akan menurun tetapi tidaklah sehinggan 16 kali ganda. mungkin sahaja emas bernilai RM50,000(USD 16,000) pada asalnya menjadi (USD15,000) harga turun akibat perang, Dan kita dapat menjualnya dinegara lain walaupun semsa perang jika dapat keluar dari Malaysia time perang tu la, sebab walaupun Malaysia yang berperang negara lain masih mahukan emas.


Wallahualam. Allah knows the best.

Comments