Kenapa Manusia Diciptakan?


Adakah Kita robot? Adakah hidup ini sekadar makan, kerja, main tidur, kahwin dan mati? Mana tidak sehari-harian kehidupan kita seolah jadual waktu akademik yang berulang dan terus berulang. Adakah kita ini hamba kepada dunia? kita sering melakukan perkara yang seolah-olah kita tidak diciptakan untuk Allah tetapi untuk orang kaya dunia.

Saya berikan timeline, lahir ke dunia, kita makan untuk survival. Kemudian mula belajar untuk menimba ilmu untuk berkerja kelak sehinggalah ke universiti semakin banyak yang berjaya dipelajari semakin tinggi posisi kita dalam pejabat. Nak kerja pun sebab nak duit. Kenapa duit? sebab nak hidup nak sara keluarga kemudian cari pasangan untuk berkahwin maka semakin kuatlah kena kerja sebab nak sara lagi banyak orang. akhirnya meninggal dunia. Ada orang pula tidak suka berkerja yang suka hanya enjoy saja. Apakah yang dapat? ada dapat tapi sekadar rasa seronok lepas tu tension semula sebab sudah kembali ke dunia nyata, kerja tiada tapi duit perlu ada untuk terus hidup. Nak bunuh tak boleh.akhirnya nak tak nak terpaksa juga kerja. Jadi kesimpulannya, lahir, membesar, belajar, bersukan, enjoy, kahwin, kerja dan mati. Adakah ini rutin yang kita perlu jalani?

Jadi apa bezanya kita dengan haiwan ternakan? lahir, membesar, mengenal dunia, mengemukkan diri, mengawan dan akhirnya di makan. beza kah? sama kan? jadi tiada beza lah kita dengan haiwan kalau macam itu.

Sebab itu specialnya islam ialah Islam itu DEEN. Lifestyle. Bukan sekadar hukum hakam semata-mata tetapi sebagai manual book yang sebenar tentang fungsi 'robot' ini. Agar 'robot' sudah boleh menjadi manusia  seperti yang macam mana Allah nak kita jadi.

Inilah apa yang Allah dah beritahu manusia.

1)jangan bazir hidup:


Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. [surah al-kahfi ayat 103-106]


2) Ini tujuan hidup manusia

IBADAH

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.
(Adz-Dzaariyaat 51:56)

MENJADI KHALIFAH

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
(Al-Baqarah 2:30)


BERKENALAN DENGAN MANUSIA.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).
(Al-Hujuraat 49:13)

MEMAKMURKAN BUMI

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.
(An-Nuur 24:55)


MENGHUKUM DENGAN SYARIAT ISLAM

Kesudahannya Kami jadikan engkau (wahai Muhammad dan utuskan engkau) menjalankan satu Syariat (yang cukup lengkap) dari hukum-hukum agama; maka turutlah Syariat itu, dan janganlah engkau menurut hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui (perkara yang benar).
(Al-Jaathiyah 45:18)

3) Malah Allah sudah kata takkan kita nak jadi lebih teruk daripada binatang

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Al-A'raaf 7:179)



 Hidup kita sebenarnya lebih daripada sekadar robot jika kita mahu memahami maksud sebuah kehidupan.Andai kita menjadi mengikut kehendak Allah nescaya selamatlah dunia akhirat kita.

Seandainya kita benar-benar berkerja kerana Allah sesungguhnya kita akan lebih maju daripada Amerika, Jepun mahupun China. Sebab itu orang dahulu mampu mencapai kejayaan yang sangat cemerlang. Seperti

1)ibn al haitam (jikalau tidak silap saya) menjumpai sistem mata berkerja.
2) Ibn al-Nafis menjumpai sistem pengedaran darah dan sistem jantung
3) Al-khawarizmi menjumpai altgebra malah menambah baik logarithm
4)Ibn Sina menjumpai sistem penyulingan malah ilmu perubatan dijumpainya digunakan di eropah dan mereka menyimpannya sebagai rujukan dan sebagai koleksi di arkib mereka.
5) Ibn Batutah belayar mengelilingi dunia dan membuat peta jauh lebih awal daripada Marco Polo dan peta sangat mirip peta hari ini.
6) dan banyak lagi tokoh Islam lain.

Mereka ini boleh berjaya kerana mengikut islam dengan sebenar-benarnya. Malah merek tidak hanya berjaya dalam satu bidang tetapi banyak bidang. Contoh:

1) Ibn sina bukan sekadar dalam perubatan tetapi juga dalam falsafah.
2) al farabi bukan sekadar kesenian dan muzik tetapi juga falsafah
3)ibn batutah bukan sekadar pelayar tetapi juga ilmu agama beliau tinggi sehingga diminta menjadi qadi@hakim ke tempat beliau kunjungi seperti Sri Lanka.
4) dan banyak.

Jadi siapa kata doktor tidak boleh menjadi ustaz?
Siapa kata penyanyi tidak boleh alim?
siapa kata kalau belajar agama tidak boleh maju dalam bidang kewangan?
Siapa ustaz tidak mampu mentadbir?
Siapa kata mahir sukan beerti tidak tahu agama?

Ini semua ideologi barat yang mahu seseorang hanya mampu dan tahu bidang dia sahaja jika doktor perubatan sahaja dia tahu. Seolah-olah sama seperti virus 'aku tidak pedulisme'(pertemuan Ust Hazrizal). Hal aku hal aku hal kau hal engkau.Hal engkau ada aku kisah? Buatlah sendiri.

Jangan sempitkan minda anda, luaskan permikiran pergilah mengembara melihat dunia dan serulah mereka kepada Islam. Sebarkan Islam jangan sorok.

Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat-hadis nabi muhammad S.A.W.

Ikutlah Islam yang yang sebenar. Pelajari alquran dahulu sebelum mengkritik alquran. Saya bawakan satu video yang ada kaitan topik hari ini. kredit kepada KiwiBro Production.
Wallahualam.

Comments