Realiti Kehidupan Muslim Di Negara Non-Muslim


Salam, video ini mengisahkan pelajar muslim malaysia jepun di bawah persatuan bernama AMIR naungan NGO IKRAM.

Salah satu ciri yang perlu ada pada daie ialah mengembara. Jikalau anda sempat mengembara, pergilah mengembara, lihat hidup mereka, dunia mereka, kemajuan mereka namun jangan lupa untuk melihat mereka dari segi sudut pandang Islam. Malah Setiap pandangan kita perlu dipandng dari sudut perspektif Islam.

Satu perkara yang paling menarik sepanjang pengalaman saya mengembara ke negara orang setakat ini, Jepun merupakan negara paling menakjubkan dan pengalaman disana merupakan pengalaman yang paling best. Mana tak nya, kat sanalah first time saya(actually bukanlah first sebab masa camping pun pernah buat) saya solat kat tempat public macam tepi kereta, kat tempat parking, dalam kereta, tepi stor kat taman rekreasi. Pengalam yang mana kita tak mampu untuk rasai di nergara sendiri yang penuh dengan surau dan musolla.

Malah hendak mencari makanan halal amat sukar sekali, apatah lagi hendak mencari kedai milik seorang  muslim. hendak atau tak kena pergi kedai yang atleast tidak jual babi ataupun makanan yang haram kemudian order makanan yang paling kurang kemungkinan ada ramuan yang haram. contohnya macam sushi, bento sayur atau ikan walaupun kedai tersebut jual daging lembu atau ayam yang tak disembelih namun ia tidak menjejaskan makanan yang lain tidak seperti babi dan etc, yang mana kalau babi dan ikan dimasak mengunakan kuali yang sama maka dah tak boleh dah kita makan ikan tu walaupun ia tidak dimasak sekali.

Nampak macam tak payah kan? Namun yang menjadi cabarannya, orang jepun ni suka masukkan babi(buta bunyi dalam bahasa jepun) dalam masakan diorang. Even dalam roti, aiskrim, coklat dan lain-lain lagi. Malah arak pun banyak digunakan. Jadi hati-hati makan makanan jepun yang tiada cop halal sah di Malaysia.

Di sana suasananya seperti kata-kata masyhur seorang ulama "di Paris aku melihat Islam tanpa Muslim, tetapi di Mesir aku melihat Muslim tanpa Islam." Suasana disana sangat bercirikan Islam : aman, hormat orang lain walaupun tak kenal,maju, sopan, kerajaan mereka sangat menjaga rakyat mereka, tiada kecurian malah nak tinggalkan kunci kereta dalam kereta yang terbuka semalaman pun insyaAllah tidak dicuri. Malah pergaulan diorang tidaklah sebebas 'Mat Saleh', mereka menjaga pergaualan harian mereka malah kalau doktor nak sentuh pesakit pun minta izin dahulu. Namun sesetengahkan perkara harus dijaga iaitu sex, judi dan arak adalah sangat meluas secara sah di sana. Bila ke sana seolah-olah kita seorang sahaja yang muslim maka cabaran untuk kekal muslim yang patuh sangat mencabar jika leka hancur kita disana.

Pengalaman-pengalaman inilah yang akan mematangkan kita dalam berdakwah even dalam memajukan negara. Kita boleh meluaskan skop permandangan kita dan luaskan sko permikiran kita.

Mengembaralah!
Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri China.

Comments