Sejarah disebalik Hari Raya:
Anas bin Malik r.a berkata:
"Nabi  s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari  raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada  kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua  sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan  kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah  menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya  Aidiladha dan Aidilfitri.” ( Hadis Riwayat al-Nasaai)
Sunnah di Hari Raya :
1) Takbir
Firman Allah S.W.T:
"Supaya  kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan  Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu  dan supaya kamu bersyukur."   – Surah al-Baqarah : 185
1  syawal merupakan amalan yang disyariatkan  Bermula sebaik sahaja  terlihatnya hilal  (maghrib 1 syawal ) dan berakhir sehingga imam  selesai berkhutbah di pagi Syawal. Terdapat riwayat, “Nabi Shalallahu ‘alaihi wassalam pernah keluar pada  hari raya Idhul Fithri, beliau bertakbir, ketika mendatangi mushalla  sampai selesainya shalat, apabila shalat telah selesai, maka beliau  menghentikan takbirnya.” [1].
Takbir dilafaz dan dilaungkan pada empat keadaan:
1.     Sebelum solat hari raya. Iaitu setelah terbenam matahari pada malam hari raya hinggalah sebelum imam menunaikan solat hari raya.
2.     Dalam solat hari raya.  Di mana pada rakaat pertama kita akan melakukan 7 kali takbir dan  diselangi dengan tasbih dan pada rakaat kedua 5 kali takbir dan  diselangi dengan tasbih.
3.     Dalam khutbah. Iaitu pada khutbah pertama khatib akan bertakbir 9 kali takbir dan pada khutbah kedua sebanyak 7 kali takbir.
4.     Selepas solat (bagi Aidil Adha).
Semasa  Aidil Adha semua orang Islam sama ada yang mengerjakan haji atau pun  tidak, sunat bertakbir selepas setiap solat fardhu atau solat sunat. Ini  bermula dari solat subuh hari Arafah (subuh 9 Zulhijjah) hinggalah  selepas solat Asar hari Tasyriq yang terakhir.
Adapun  semasa hari Aidil Fitri tidak sunat bertakbir selepas bersolat malah  sunatnya terputus apabila imam memulakan solat sunat hari raya.[2]
 Seperti Ibnu Mas’ud, ia mengucapkan takbir dengan lafadh : Allahu Akbar  Allahu Akbar Laa ilaha illallaha, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar wa  lillahil hamdu. (Yang artinya) : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,  Tidak ada sesembahan yang benar kecuali Allah, Allah Maha Besar, Allah  Maha Besar, dan untuk Allah segala pujian”. [3]
Sedangkan Ibnu Abbas bertakbir dengan lafadh : Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar, wa lillahil hamdu, Allahu Akbar, wa Ajallu Allahu Akbar ‘alaa maa hadanaa. (yang artinya) : “Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar dan bagi Allah lah segala pujian, Allah Maha Besar dan Maha Mulia, Allah Maha Besar atas petunjuk yang diberikannya pada kita”. [4]
Abdurrazzaq - dan dari jalannya Al-Baihaqi dalam “As Sunanul Kubra” (3/316) - meriwayatkan dengan sanad yang shahih dari Salman Al- Khair Radliallahu anhu, ia berkata : (yang artinya) : “Agungkanlah Allah dengan mengucapkan : Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar kabira”.
Banyak orang awam yang menyelisihi dzikir yang diriwayatkan dari salaf ini dengan dzikir-dzikir lain dan dengan tambahan yang dibuat-buat tanpa ada asalnya. Sehingga Al-Hafidh Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam “Fathul Bari (2/536): “Pada masa ini telah diada-adakan suatu tambahan dalam dzikir itu, yang sebenarnya tidak ada asalnya”. Namun pendapat saya tidak salah untuk membaca zikir ini cuma kita perlu tahu sama ada ia sekadar tambahan ataupun sunnah.

video takbir:
2) Lafaz Ucapan Hari Raya
Diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani yang dinukilkan  daripada Jubair bin Nufair katanya: 
“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada sebahagian yang lain dengan ucapan ‘Taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
( Kitab Fath al-Bari)

Ibnu Qudamah dalam “Al-Mughni” (2/259) menyebutkan bahwa Muhammad bin  Ziyad berkata: “Aku pernah bersama Abu Umamah Al Bahili dan selainnya  dari kalangan sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka bila  kembali dari shalat Id berkata sebagiannya kepada sebagian yang lain:  Taqabbalallahu minnaa wa minka.”
Imam Ahmad menyatakan: “Isnad hadits Abu Umamah jayyid (bagus)” [5]
Imam Ahmad menyatakan: “Isnad hadits Abu Umamah jayyid (bagus)” [5]
3) Kaifiat pelaksanaan solat sunat Aidilfitri:
Niat solat
“Sahaja aku solat sunat ‘AidilFitri dua rakaat mengikut imam/imam kerana Allah taala”
Selepas membaca doa iftitah, takbir  sebanyak 7 kali dan membaca tasbih di antara satu takbir dengan takbir  yang lain. Selepas itu, bacalah surah Alfatihah kemudian bacalah surah  pilihan. Surah yang lebih afdhal ialah surah Al’Aala . Pada rakaat kedua pula, takbir sebanyak 5  kali dan membaca tasbih di antara satutakbir dengan takbir yang lain.  Selepas itu bacalah surah Alfatihah dan surah pilihan.Surah yang lebih  afdhal ialah surah Al-Qasyiah.
(Lafaztasbih)
 Usai solat Aidilfitri, kita disunatkan  untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib. Khutbah yang sarat  dengan peringatan dan pengajaran ini tidak terhad kepada mereka yang  menunaikan solat semata, tetapi kepada semua umat Islam keseluruhannya. 
 Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Ummu ‘Atiyyah  al-Ansariyyah menceritakan,
 “Kami diperintahkan supaya keluar pada  hari raya, sehingga kami (disuruh) membawa bersama anak-anak dara dan  perempuan-perempuan haid lalu mengambil tempat di belakang orang ramai  (bukan tempat solat). Mereka bertakbir dan berdoa bersama-sama orang  ramai dalam keadaan mengharapkan keberkatan hari tersebut dan  kesuciannya (hari dosa-dosa diampunkan)”.
 Amalan-amalan sunat lain :
 1. Menghidupkan malam raya dengan ibadat seperti takbir, zikir, solat sunat tahajjud dan membaca al-Quran
2. Mandi sunat pagi hari raya
 3. Memakai pakaian terbaik yang ada. Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran 
Imam Syafie menyebut di dalam Kitab al-Umm:
"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian."

Adapun  bagi  kaum wanita pula walaupun sunnah hukumnya memakai pakaian yang  terbaik, namun mereka hendaklah mengelakkan diri daripada  memakai  pakaian yang boleh menarik perhatian kaum lelaki seperti pakaian yang   terlalu bercorak-corak, pakaian nipis yang menampakkan bentuk tubuh  badan  serta perhiasan yang berlebih-lebihan. Mereka juga dilarang sama  sekali memakai wangi wangian yang berlebihan sehingga menarik perhatian  orang disekelilingnya. Sabda Rasulullah s.a.w:
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." ( Hadis riwayat al-Nasaai)
"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." ( Hadis riwayat al-Nasaai)
4. Memakai wangi wangian
 5. Menjamah makanan sebelum solat Aidilfitri
 6. Pergi awal ke masjid sebaik-baiknya dengan berjalan kaki            .
 7.Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi)
 8. Budaya ziarah dan merapatkan silaturahim sesama Muslim
 9.Bermaafan dengan ibubapa, keluarga serta rakan-rakan.
 Catatan Kaki:
[1] Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam al Mushannaf, al Muhamili dalam Shalatul ‘Idain dengan sanad sahih tetapi mursal. Riwayat tersebut memiliki syahid/penguat yang menguatkan riwayat tersebut. Lihat Silsilah al Ahadits ash Shohihah (170). Takbir pada Idul Fithri dimulai pada waktu keluar menunaikan shalat Id

[2] http://www.muftins.gov.my/component/content/article/38-pengumuman/339-takbir-hari-raya
 [3] Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah 2/168 dengan isnad yang shahih
[4] Diriwayatkan oleh Al Baihaqi 3/315 dan sanadnya shahih 
[5] Lihat Al Jauharun Naqi 3/320. Berkata Suyuthi dalam ‘Al-Hawi: (1/81) : Isnadnya hasan
sumber lain penulisan:
 1) http://www.bengkelrohani.com/articles.php?lng=in&pg=376
2) http://pmiupm.net/index.php/2011/08/28/diari-aidilfitri-siri-1-amalan-sunat-aidilfitri/
3) http://www.masjidnegara.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=121&Itemid=90
Comments